BALING: Penduduk di sekitar Gunung Baling dan Gunung Pulai di sini hari ini memohon agar kerajaan negeri dapat memberi jawapan telus mengenai status cadangan projek kuari di dua gunung berkenaan, sama ada sudah dibatalkan atau sekadar ditangguhkan.
Rata-rata penduduk menyatakan kebimbangan mengenai projek itu kerana mendakwa sekiranya diteruskan akan memberi kesan buruk kepada penduduk termasuk menjejaskan kesihatan mereka.
Penasihat Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), Mohd Sobri Ramlee berkata, ini kerana jarak tapak cadangan kuari dari penempatan penduduk hanya sekitar 150 meter dari Gunung Pulai manakala 990 meter dari Gunung Baling.
Katanya, pihaknya sangat berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dapat membatalkan terus projek itu sebelum habis penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.
Aktivis alam sekitar itu berkata, pihaknya sudah membuat 12 kali bantahan sejak 2018 dan tiga kali memorandum bantahan dihantar kepada pejabat Menteri Besar namun tidak mendapat sebarang jawapan bertulis.
"MB Sanusi pun pernah sampai ke sini, jadi beliau sudah faham, arif apa yang akan berlaku jadi kita berharap dengan kefahaman beliau apa sahaja maklumat yang beliau ada, dia batalkan terus kerana dia adalah exco hasil bumi di Kedah.
"Makluman semua, pada 2021 ada kerja-kerja awal telah dilakukan oleh pihak kontraktor dengan menebuk kaki gunung Baling untuk diletakkan bahan letupan pada mesin-mesin semua. Pada waktu itu kita bantah kerana berdasarkan EIA dan apa yang kita bantah, projek itu ditangguhkan sahaja sehingga kini, itu MB sudah maklum.
"Sepatutnya MB boleh bantu kita penduduk semua untuk batalkan terus, dah tiga tahun habis penggal. Kita harap sebelum habis penggal ini harap beliau batalkan terus cadangan kuari," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan bantahan projek berkenaan bersama penduduk di kaki Gunung Pulai, pada Isnin.
Mohd Sobri berkata sekiranya projek itu diteruskan selepas ini, ia akan memberi kesan kepada kualiti udara selain menyebabkan pelbagai penyakit akibat daripada habuk letupan dan kerja-kerja kuari.
Selain itu katanya, ia turut akan menjejaskan sumber air mentah penduduk berikutan kualiti air Sungai Ketil yang terletak hanya 100 meter dari tapak cadangan projek dan dibimbangi akan tercemar berpunca daripada kerja-kerja tanah, sisa hancuran batu kapur dan diesel.
Paling membimbangkan penduduk ia akan menjejaskan sumber pengairan sawah padi yang terletak di hilir Sungai Ketil.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Kuari di dua gunung berkenaan, Kamaruddin Zakaria, 57, berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya projek kuari di dua gunung berkenaan berikutan ia dilihat hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja dan mendatangkan mudarat kepada penduduk.
Katanya, kira-kira hampir 2,000 penduduk di kaki Gunung Pulai terutama di Kampung Padang Che Mas akan terjejas terutama bagi mereka yang menjadikan kawasan itu sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.
"Sekiranya terjadi kuari di sini sumber pendapatan orang kampung seperti menoreh getah, dusun buah-buahan akan terhakis disebabkan debu-debu berterbangan yang boleh menjejaskan sumber pendapatan, mengurangkan hasil pengeluaran getah, hasil pengeluran dusun.
"Secara automatik berkurang pendapatan penduduk kampung. Juga, (dikhuatiri) bencana lain seperti banjir kilat, debu-debu, pencemaran mengganggu kesejahteraan penduduk terutama kesihatan," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 12 2023
Antara penduduk yang hadir pada bantahan cadangan projek kuari berkenaan di kaki Gunung Pulai, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Tiada kelulusan baharu projek kuari di Baling, langkah pelihara alam - Muhammad Sanusi
Projek kuari batu kapur, granit dan pasir yang telah diluluskan sebelum ini pula ditangguhkan dan akan digantikan dengan tapak alternatif bersesuaian.
Henti projek kuari Gunung Baling dan Gunung Pulai beri implikasi undang-undang - Sanusi
Tindakan memberhentikan projek kuari batu kapur di Gunung Baling dan Gunung Pulai berkemungkinan akan memberikan implikasi undang-undang serta kewangan kepada kerajaan negeri.
Penduduk harap cadangan projek kuari di Gunung Baling dan Gunung Pulai tidak diteruskan
Penduduk di sekitar Gunung Baling dan Gunung Pulai mendesak agar kerajaan negeri memberi jawapan telus mengenai status projek kuari di dua gunung berkenaan.
Kemusnahan Hutan Simpan Segari Melintang: KASA kesan 6 ketidakpatuhan EIA
Ia melibatkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2) yang telah diluluskan.
Projek kuari dipercayai punca kemusnahan Hutan Simpan Segari Melintang
Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutama melibatkan kerja-kerja tanah.